Sunday, April 24, 2011

First time.

Asslamualaikum, Selamat Pagi !

hui hui huii..takde. last week, hari khamis. aku interview dekat satu institusi neh..ok. first time neh dapat interview, dah la gedabak jauh. interview je padahal. haha.. Dekat sane tu, tumpang bermalam dekat umah makteh (aunty) . Petang rabu sampai sane, esok nya interview. ish3..malam tu susah jugak la nak tido. yelah, first time kan. bercelaru je kepala nie. tapi 5minit je kot..sebab, lepas 5minit tu lelap jugak. HAHAHA. Then, pagi tu pukol 6 bangun, mandi.solat.siap-siap.. jap ! pasal siap-siap neh. aduh, pakai baju kemeja putih, neck tie. macam kerja opis dah rase.lemass hahaha..tapi ada satu benda yang rasa terpaksa sangat kena buat..rambut belah tepi. iskk..mesti buat tu. rambut kena kemas nak interview.. -.-

Ok, dah siap-siap tu..turun breakfast dengan pakteh dan makteh. Kitorang keluar pukol 7.30 pagi..yelah, interview pukol 9. kena la keluar awal, takut sesat. pakteh pon tak pernah pergi area institusi tu.. TAPI, memang sudah di jangka. kitorang sesat. peta yang diberi tidak boleh pakai..hampehh. Hah kau, sesattt...masa tu pukol 8.45. cuak dah, takut tak boleh nak daftar kalau lewat..Aku pon call u tuu mintak direction. Alhamdulillah jumpa, tapi masa tu pukol 9.20. 20 minit lewat..Sampai je, tengok kaunter pendaftaran takde orang. hati neh dah nak ranap dah..pakteh pegi tanya. rupernye..akak yang jaga tu pegi makan kat belakang. cesss...lega. haha. daftar nama, dia bagi no.60. giliran aku la tu. ramai jugak..then, dia suruh naik atas dekat library nak amik IQ test..masuk-masuk je..

  ' Hah, nak IQ test? dudok dulu..sape suruh awak lewat kan? tunggu kawan awak neh dulu. '  Aduhh, dah la aku sorang masa tu. Tapi, lepas 5minit tu. ada plak orang lain datang lewat. Lega ada geng ! orang melaka. SEBAB LEWAT : sesat jugak. hahaha..then, yang lain dah sudah. diorang turun, nak tapis sapa yang layak di interview..IQ test kena betul sebanyak yang diorang nak, kalau tak. takleh interview. Soalan ada 50. kena jawab dalam masa 30minit. iskkk..soalan punya la susah, tapi. alhamdulillah lulus..termasuk kawan aku tu. Lepas tu, tunggu nak interview plak..tunggu no.60 dipanggil. masa tunggu tu, takut+sejuk+gabra semua ada. yelah, interview in 100% english..mana tak nya, aku bukan fasih sangat ber-speaking neh. Tengok calon lain, sibuk dok tanya senior kat situ, sape yang sudah interview tu. habis kena serbu..tapi, aku ikut cakap mama. ' nanti interview, selawat banyak-banyak. jangan sibuk nak tanya orang, relaks..jangan tension pasal interview orang lain '  aku cuma jeling-jeling dan dengar-dengar ayam je..HAHA.

' no.60 ! Luqman Hakim Bin Azhar.. dan no.58 ..... '  ye, dia interview 2 orang sekali masuk.. no.58 tu, aku tak ingat nama apa. tapi yang aku ingat..orang kota bharu jugak. haha. dalam hati nie..what a small world. Nasib baik masa interview dia tanya sorang-sorang. bukan kene debate nak jawab..Bila turn aku, aku jawab je ape yang dia tanya..memang pakat redah je dalam english, ntah betol ke tak. huhu..tapi yang tak tahan nye, bolehnya interviewer tu ajak borak pasal bola. Soalan yang paling aku ingat. ' What do u feel when people call chelsea, chel-shit? '. haha..nak uji kesabaran aku lettew. kih3..tapi, alhamdulillah. semua selesai..lega.

p/s : sekarang nie, tunggu result. memang nak sangat..kalau dapat alhamdulillah. kalau tak dapat, redha ajela..nak buat macam mane, takde rezeki. yang penting kita dah cuba..

Thursday, April 14, 2011

Kemalangan.

Asslamualaikum,

Jeng jeng jengggg..


Kejadian neh berlaku dalam pukol 2 petang tadi, isk3..korang bayang jap eh. Motor langgar kereta. perh, bayangkan la ! 2 budak sekolah neh, dengan tak pakai helmet nya, takde lesen nya, takde roadtaxnya. huh..mula2 dia langgar tu, aku pucat dah. putih woooo...hilang abes kulit gelap aku. isk3..yelah ! dalam kepala nie ' aduh, ape dah jadi nie? accident ke? budak tu macam mane? kereta macam mana? ' jantung aku neh, memang laju je bedegup. pucat lesii wa cakap luu..orang kelantan panggil ' kenalim '.

Ok, nampak sikit je kan? tapi tapi tapi, budak dua orang budak tu jadi superman tadiii.. Nasib baik distance dia fly dekat. Kalau jauh.. dan la aku amek gambar orang terbang. huhuhu..DAN nasib baik jugak la aku sempat elak, kalau tak ! diorang terbang atas kereta la jawab nya. Mane taknya..boleh diorang masuk simpang, kona style Motor GP ( kona baring )..diorang ingt diorang rossi ke? dahla jalan muat-muat kereta je. adoi..lepas kene langgar tu. Turun check kereta, check budak-budak tu. naseb la diorang ngaku salah..senang kerja. Call abah, suruh datang tengok..amik alamat rumah budak tu. Then, pergi workshop. tauke suruh hantar hari sabtu neh..isk3. sorry Mr yellow

p/s : Mr yellow berubah muka hari nie..sian dia. Kene suntik botox neh Mr yellow ! ahahaha.. Tapi, nak buat macam mane kan? redha je. musibah. kena terima jela..

Wednesday, April 6, 2011

Exercise menyihatkan badan.

Asslamualaikum, Salam 1malaysia

Benda alah nie, hurmm..bagus untuk manusia kan kan kan? kalau buat benda alah nie, badan sehat ! cergas ! mantap ! mujarab..hahaha. takdelah. bukan ape, nak share cerita jee. Begini ceritanya, hoho. tiap-tiap petang..aku mesti pergi ke padang. main bola ! almaklumla, i kan lelaki nyah..tak kan nk dok umah main barbie kan? hehehe. Ok-ok, berbalik kepada cerita..petang tadi pegilah aku ke padang. macam biasa, main bola dengan budak-budak.hoho..takdela budak mane sebenarnya. semua sekarang sekolah menengah, aku sorang je tua. TAKPE,tua pon. bergetah lagi. masih suci. HAHA. hurmm, tadi kan. opponent aku main kasar gila, tak padan dengan kecik..perhh ! nasib la budak lagi. sabar je

TAPI, kesabaran aku ada tahap..ceh ceh ceh ! haha. reason aku cakap macam tu, sebab tadi aku hilang sabar. tapi hilang sabar masa main bola, bukan sepak, siku, tumbuk, terajang tau? kita main kasar jugak ! mana tak nye, slide tackle je diorang bagi..klau slide tackle ke bola takpe, neh ke kaki ! Tu takpe lagi..kalau geli takpela jugak, neh sakit. sampai berlipat kaki aku.. Perasaan jahat mula menghantui aku *ok over* keh3..sapa sapa datang dekat dengan aku je, mesti sakit. HAHA. ajar sangat main kasar kan. rasakan. Abang neh dah tua dik, cepat kecik ati. tolong la jaga ati abang.. =P


Eh2, i ada something nak share dengan u all tau. kenangan dulu-dulu. ok, tadi belek album lama. hehe. Terjumpa budak neh !



aik aik aik, sape tu ! perh, tadi tengok gambar nie kan. dalam hati  'ehhhh, sape neh? abah mama ada anak lain ke?' HAHAHA..tengok kat kulit, laaaaa. aku rupernye ! *bajet buat tak tau* .  Iya iya lah, itu aku masa kecik. kecik ke? kalau tak silap..umur aku masa tu dalam lingkungan darjah 4 ke form 1 rasa. hehehe..ish3, rindu rasa zaman-zaman kecik. kan kan kan kan? saye budak gemok dulu. hoho !

Sekian. Terima Kasih.

Tuesday, April 5, 2011

Kerja

Asslamualaikum,

Uihhhh ! dasyatttt...hahaha! OK, kerja. hurmm. kerja yaa? jealous jugak tengok kanak-kanak lepasan SPM neh kerja sebenarnya, macam best je kerja.! isk3..yelah kan, kalau dah kerja . mesti dapat gaji, kalau dah dapat gaji, mesti rasa best, BEST? mestilah ! duit titik peluh sendiri kan? sure lah best best best ! hahaha..TAPI, macam tu la. aku ngidam nak kerja pon. tapi hati neh berat. gundah gelenya. kenapa? nak tau ke? *bajet ada orang bace.

Sebab dia, iyalah ! aku anak sulung..adik pon ada sorang. uihhhhh, rasa berat hati tu bukan sebab apa. kang kalau aku kerja, nyusah plak abah mama. sape nak anta mama kerja, sapa nak disuruh pergi keluar beli ape2 kan? mintak tolong ape-ape ke..kalau aku takde, rasa serba salah jugak..Yelah, nak harap kan sape lagi? abah ngan mama aku ada 2orang anak je..aku nie lelaki. sulung plak tuu..takpelah, biar la aku duduk rumah je. tolong ape yang patot. kalau takde kerja pon aku tido..okla tu kan? HAHAHA. Macam mane la nanti kalau aku dapat sambung belajar mana-mana. ish3 ! tu namenya berdikari akim woiiii. haha.

Biarlah, biarla ape orang nak kata. aku tak sanggup amik risiko nak berdikari ke, sebab kat atas tadi hanya alasan ke, ape ke.. Baik aku dok umah. hahaha..at least, kalau abah mama need something. aku leh tolong kan? KONON. kui kui kui. tolong Abah mama nie, dapat jugak income cinonet..hehehe! ok lettew.. 

 
p/s : aku teringin nak drive laju-laju gila tuttt macam driver kat atas neh ! perh perh peeeerrhh. over

Friday, April 1, 2011

Perempuan dan Kereta.

Assalamualaikum,

OK, entry kali ni nak cakap pasal. Perempuan dan Kereta. uihhhh, dasyatt ! errr..kenapa? saje. bosan. hahaha.takdelah..banyak persepsi orang lelaki terhadap perempuan bila bawak kereta nehh. EXAMPLE : drive slow, penakut, menyusahkan orang dan macam2 lagi la. hahaha..ok, aku bukan salah seorang dari lelaki yang ber-persepsi macam tu. bagi aku, kalau perempuan dapat drive kereta tu..dah kira comel sangat dah ! eh2, update status facebook pon ok gak neh. hehehe..ok! Ada jugak lelaki, kalau nampak perempuan drive, dalam kepala dia 'mesti eksiden' ! aduh, memang dalam otak diorang. mind set..perempuan bawak kereta mesti eksiden.hehehe. kenapa? kenapa? kenapa? aku pon taktauu..tapi kan, ada satu website pasal automotive neh. aku selalu usha website neh, sebab dia memang up-to-date la ! ok2, back to the story. dia ada gitau jumlah gender yang eksiden. sumber2 yang boleh dipercayai. Tengok lah INI DIA

tu diaaaaaaa !! tengok dah? haha..err, kalau tak tengok. pegi la tengok dulu. Tuan Blog tunggu.*masa berlalu*. dah tau kan gender mana yang lebih banyak eksiden? jeng3.. ish3. awat la banyak sangat gender neh eksiden? *mintak jauh la dari eksiden neh. Amin. hoho..takpelah, biar lah gender mana pon yang banyak kan..yang penting. kepada pemandu di Malaysia. Sentiasa memandu dengan berhemah, berhati-hati, ingat orang lain. Just enjoy the rideeee...*kalau jalan tak rosak dan berlubang la.  ok?? kan sekarang pon minyak kereta RON97 dah naik 20sen lagi..baru je ! dari RM 2.50 seliter kepada RM 2.70 seliter. bayangkan lah ! dah tak larat aku nak teguk air liur. mane tak nye..kereta aku drive sekarang neh teguk ron97..tak padan dengan kecik, selera besar ! aku punya selera nak jejalan pon dah terbantut ! isk3...kena paksa si kecik tu teguk ron95 lah. murah sikit..keh3. baru bersemangat nak jalan mana2.

haaa, ada satu cerita nak share. pengalaman aku sendiri la..perh, memang superbb lah ! i think i fall in love with that girl ! HAHAHA. ish3.. takde lahh ! satu hari tu kan, dalam pukul 2 ptg kot, aku kuar la jalan2 bawak si kecik. masa tu mendung jeee.. Selalunye, aku drive dengan si kecik jalan2 pegi airport. kenapa? jalan dia best..tak berlubang. ehehehe. Tapi hari tuu, memang terbaik la..tengah syok2 drive tetibe aku perasan dekat cermin belakang, kejap je die 'cucuk punggung' aku lepas cilok2 baik punya kereta kat belakang..kereta tu suzuki swift. ingat lagi..warna putih, cermin depan belakang tepi gelap gila. by that time, memang tak nampak la driver dia..aku pon dengan sopan bagi signal ke kiri, bagi laluan..masa dia lalu kat tepi tu, kebetulan dia turunkan tingkap. BAMN!! perempuannnnnnnn weyhhh bawak cilok2 laju2 macam tu. dah la lawa ! Dalam kepala aku : mak ai ! power pempuan neh..takleh jadi neh. kena 'cucuk punggung' dia jugak neh !! HAHAHA. *naluri lelaki : kalau perempuan buat something kat lelaki sampai dia rasa tercabar..dia akan melawan.  cehh, ayat takleh blah. hahaha..MEMANG! aku cucuk balik perempuan tu ! hehehe..follow je belakang dia, laju sangat perempuan neh bawak..bedarah idong ! dah la suka cilok2..still followww rapattt. syok ! laju2 ngan perempuan neh..tapi, yang tak best nya..dia belok ke simpang before airport..hala tuju aku airport. terpisah la kami berdua. lupa nak mintak nombor surat beranak perempuan tu. Tergoda sudahh..

Ok, tu jee..sampai sekarang ingat perempuan tu. hahaha..muka pon ingt. eh2, awak..saya suka perempuan drive kereta laju2. nampak comel woooo. yup2 awak la..bile nak jumpe atas jalan lagi? HAHA.

p/s : kepada perempuan diluar sana. nak nampak comel ? drive lah kereta laju-laju. =)