Monday, June 20, 2011

Menghitung Hari

Assalamualaikum,

Masih belum puas aku bercucuk tanam buah anggur di rumah..haha
Wokei. lama jugak tak update menatang ni..saja boring. OK dah, hari ni 20/6/2011..nanti 3/7/2011 semua anggur kene hapuskan dah. sudah tiba masanya aku pergi jauh meninggal kan family. chewahh ! ayat..haha.
nak masuk alam ipt dah weiiii..yela, aku lambat masuk..sebab result tak bagus, *kepada adik-adik yang nak amik spm diluar sane, jangan jadi macam abang* abang ke? kui3..back to the story. sebenornye, berat hati nak gi jauh-jauh ni. nak tau sebab dia?

SEBAB-SEBAB TAKNAK PERGI :-

1) Makanan. kene makan sendiri..tak boleh dah nak rasa mama abah masak iskk..sure rindu gila nanti.

2) Tidur. lepas subuh..tak boleh nak sambung tidur dah. kenapa? ada kelas... perhhh, meroyan aku bangun awal.

3) Bulan puasa. bukak puasa ngan kawan-kawan.. tak bukak puasa ngan family dah, semeja.


Tu je kot sebab dia. haha..ape ape pon, semua benda ni kite kena belajor terima. yee dakk? kene belajar bedikari..even its hard, u have to face it. kan da cakap omputih..kang kang kang bukak khutbah jumaat kat sini kang. hahaha..paper pon, kepada yang dah pergi..dan yang baru nak pergi belajar. Selamat Berjaya..belajar rajin2. Jangan lupa daratan.. yee? tak bermakna jauh ngan family..kita dah bebas. *nasihat kepada diri sendiri*

peace yawww !

Monday, May 9, 2011

ulalaaaaaa...


 Oakley Dispatch


yeah yeah yeah yeah yeah..yeahhhh ! nak nak nak..

Alam baru

Asslamualaikum,

Mula-mulaa..cek nak tanya, hangpa semua sehat? kepada yang sibuk dengan U tu macam mana? sehat belaka noh? haha..OK, buat masa sekarang ni. kan kan kan? banyak letih maaa, bukan letih apa..letihh. jap. tengok dulu ye?


1. GMI : Diploma in Industrial Electronic ( Electronic & Information Technology )


2. Kolej Matrikulasi Perak : Sains ( 1 tahun )


3. UMP : Diploma in Electrical Engineering ( Electronic Industry )

Sebelum apa apa, Alhamdulillah dapat semua ni..OK dah. aku letih pikir pasal ni la. apa aku nak pilih untuk further study kan? letih laa..masa depan ni. salah pilih, seksa nanti kan?(bajet result gempak) !!! Semua berbahagi sama rata. Kalau matrik ok jugak, Tapi takut. takut tak boleh bawak nanti, setahun kan... kawan punya nasihat, ' alah,kalau tak main main..struggle. mesti boleh punyaa '  hurm, tertanya-tanya jugak, aku boleh ke? adoi..Then, gmi..kawan abah, kawan mama. semua suruh pergi situ. taktau la kenapa..even abah mama pon suka kalau aku pegi situ. iskkk..Then, ump plak ! tempat nie tempat baru..fakulti baru punya. dah buat research. kawan-kawan ada jugak suruh pergi ump sebab awam kan,x menyusahkan family. murah. Tapi, abah cakap..' eh, tak susah pon..abah ngan mama saja nak menyusahkan akim..'  hah kauu, senyap aku.

hurm, pening jugak. rasa rasa kan..macam best je alam persekolahan. rindu pulak rasa duduk kat sekolah(walaupun terseksa)..serious, kalau lah boleh rewind balik. lepas abes spm je. rewind gi sekolah rendah..ulang banyak kali. isk3..Tapi, yang sedih nya..tak boleh buat semua tu. KENA jugak tempuh alam baru, alam pengajian tinggi..cewahh ! haha.

p/s : kepada sapa-sapa yang baca nie, kalau boleh. tolong la bagi nasihat..memang pening sangat dah ni ( bajet U best-best )

Sunday, April 24, 2011

First time.

Asslamualaikum, Selamat Pagi !

hui hui huii..takde. last week, hari khamis. aku interview dekat satu institusi neh..ok. first time neh dapat interview, dah la gedabak jauh. interview je padahal. haha.. Dekat sane tu, tumpang bermalam dekat umah makteh (aunty) . Petang rabu sampai sane, esok nya interview. ish3..malam tu susah jugak la nak tido. yelah, first time kan. bercelaru je kepala nie. tapi 5minit je kot..sebab, lepas 5minit tu lelap jugak. HAHAHA. Then, pagi tu pukol 6 bangun, mandi.solat.siap-siap.. jap ! pasal siap-siap neh. aduh, pakai baju kemeja putih, neck tie. macam kerja opis dah rase.lemass hahaha..tapi ada satu benda yang rasa terpaksa sangat kena buat..rambut belah tepi. iskk..mesti buat tu. rambut kena kemas nak interview.. -.-

Ok, dah siap-siap tu..turun breakfast dengan pakteh dan makteh. Kitorang keluar pukol 7.30 pagi..yelah, interview pukol 9. kena la keluar awal, takut sesat. pakteh pon tak pernah pergi area institusi tu.. TAPI, memang sudah di jangka. kitorang sesat. peta yang diberi tidak boleh pakai..hampehh. Hah kau, sesattt...masa tu pukol 8.45. cuak dah, takut tak boleh nak daftar kalau lewat..Aku pon call u tuu mintak direction. Alhamdulillah jumpa, tapi masa tu pukol 9.20. 20 minit lewat..Sampai je, tengok kaunter pendaftaran takde orang. hati neh dah nak ranap dah..pakteh pegi tanya. rupernye..akak yang jaga tu pegi makan kat belakang. cesss...lega. haha. daftar nama, dia bagi no.60. giliran aku la tu. ramai jugak..then, dia suruh naik atas dekat library nak amik IQ test..masuk-masuk je..

  ' Hah, nak IQ test? dudok dulu..sape suruh awak lewat kan? tunggu kawan awak neh dulu. '  Aduhh, dah la aku sorang masa tu. Tapi, lepas 5minit tu. ada plak orang lain datang lewat. Lega ada geng ! orang melaka. SEBAB LEWAT : sesat jugak. hahaha..then, yang lain dah sudah. diorang turun, nak tapis sapa yang layak di interview..IQ test kena betul sebanyak yang diorang nak, kalau tak. takleh interview. Soalan ada 50. kena jawab dalam masa 30minit. iskkk..soalan punya la susah, tapi. alhamdulillah lulus..termasuk kawan aku tu. Lepas tu, tunggu nak interview plak..tunggu no.60 dipanggil. masa tunggu tu, takut+sejuk+gabra semua ada. yelah, interview in 100% english..mana tak nya, aku bukan fasih sangat ber-speaking neh. Tengok calon lain, sibuk dok tanya senior kat situ, sape yang sudah interview tu. habis kena serbu..tapi, aku ikut cakap mama. ' nanti interview, selawat banyak-banyak. jangan sibuk nak tanya orang, relaks..jangan tension pasal interview orang lain '  aku cuma jeling-jeling dan dengar-dengar ayam je..HAHA.

' no.60 ! Luqman Hakim Bin Azhar.. dan no.58 ..... '  ye, dia interview 2 orang sekali masuk.. no.58 tu, aku tak ingat nama apa. tapi yang aku ingat..orang kota bharu jugak. haha. dalam hati nie..what a small world. Nasib baik masa interview dia tanya sorang-sorang. bukan kene debate nak jawab..Bila turn aku, aku jawab je ape yang dia tanya..memang pakat redah je dalam english, ntah betol ke tak. huhu..tapi yang tak tahan nye, bolehnya interviewer tu ajak borak pasal bola. Soalan yang paling aku ingat. ' What do u feel when people call chelsea, chel-shit? '. haha..nak uji kesabaran aku lettew. kih3..tapi, alhamdulillah. semua selesai..lega.

p/s : sekarang nie, tunggu result. memang nak sangat..kalau dapat alhamdulillah. kalau tak dapat, redha ajela..nak buat macam mane, takde rezeki. yang penting kita dah cuba..

Thursday, April 14, 2011

Kemalangan.

Asslamualaikum,

Jeng jeng jengggg..


Kejadian neh berlaku dalam pukol 2 petang tadi, isk3..korang bayang jap eh. Motor langgar kereta. perh, bayangkan la ! 2 budak sekolah neh, dengan tak pakai helmet nya, takde lesen nya, takde roadtaxnya. huh..mula2 dia langgar tu, aku pucat dah. putih woooo...hilang abes kulit gelap aku. isk3..yelah ! dalam kepala nie ' aduh, ape dah jadi nie? accident ke? budak tu macam mane? kereta macam mana? ' jantung aku neh, memang laju je bedegup. pucat lesii wa cakap luu..orang kelantan panggil ' kenalim '.

Ok, nampak sikit je kan? tapi tapi tapi, budak dua orang budak tu jadi superman tadiii.. Nasib baik distance dia fly dekat. Kalau jauh.. dan la aku amek gambar orang terbang. huhuhu..DAN nasib baik jugak la aku sempat elak, kalau tak ! diorang terbang atas kereta la jawab nya. Mane taknya..boleh diorang masuk simpang, kona style Motor GP ( kona baring )..diorang ingt diorang rossi ke? dahla jalan muat-muat kereta je. adoi..lepas kene langgar tu. Turun check kereta, check budak-budak tu. naseb la diorang ngaku salah..senang kerja. Call abah, suruh datang tengok..amik alamat rumah budak tu. Then, pergi workshop. tauke suruh hantar hari sabtu neh..isk3. sorry Mr yellow

p/s : Mr yellow berubah muka hari nie..sian dia. Kene suntik botox neh Mr yellow ! ahahaha.. Tapi, nak buat macam mane kan? redha je. musibah. kena terima jela..

Wednesday, April 6, 2011

Exercise menyihatkan badan.

Asslamualaikum, Salam 1malaysia

Benda alah nie, hurmm..bagus untuk manusia kan kan kan? kalau buat benda alah nie, badan sehat ! cergas ! mantap ! mujarab..hahaha. takdelah. bukan ape, nak share cerita jee. Begini ceritanya, hoho. tiap-tiap petang..aku mesti pergi ke padang. main bola ! almaklumla, i kan lelaki nyah..tak kan nk dok umah main barbie kan? hehehe. Ok-ok, berbalik kepada cerita..petang tadi pegilah aku ke padang. macam biasa, main bola dengan budak-budak.hoho..takdela budak mane sebenarnya. semua sekarang sekolah menengah, aku sorang je tua. TAKPE,tua pon. bergetah lagi. masih suci. HAHA. hurmm, tadi kan. opponent aku main kasar gila, tak padan dengan kecik..perhh ! nasib la budak lagi. sabar je

TAPI, kesabaran aku ada tahap..ceh ceh ceh ! haha. reason aku cakap macam tu, sebab tadi aku hilang sabar. tapi hilang sabar masa main bola, bukan sepak, siku, tumbuk, terajang tau? kita main kasar jugak ! mana tak nye, slide tackle je diorang bagi..klau slide tackle ke bola takpe, neh ke kaki ! Tu takpe lagi..kalau geli takpela jugak, neh sakit. sampai berlipat kaki aku.. Perasaan jahat mula menghantui aku *ok over* keh3..sapa sapa datang dekat dengan aku je, mesti sakit. HAHA. ajar sangat main kasar kan. rasakan. Abang neh dah tua dik, cepat kecik ati. tolong la jaga ati abang.. =P


Eh2, i ada something nak share dengan u all tau. kenangan dulu-dulu. ok, tadi belek album lama. hehe. Terjumpa budak neh !



aik aik aik, sape tu ! perh, tadi tengok gambar nie kan. dalam hati  'ehhhh, sape neh? abah mama ada anak lain ke?' HAHAHA..tengok kat kulit, laaaaa. aku rupernye ! *bajet buat tak tau* .  Iya iya lah, itu aku masa kecik. kecik ke? kalau tak silap..umur aku masa tu dalam lingkungan darjah 4 ke form 1 rasa. hehehe..ish3, rindu rasa zaman-zaman kecik. kan kan kan kan? saye budak gemok dulu. hoho !

Sekian. Terima Kasih.

Tuesday, April 5, 2011

Kerja

Asslamualaikum,

Uihhhh ! dasyatttt...hahaha! OK, kerja. hurmm. kerja yaa? jealous jugak tengok kanak-kanak lepasan SPM neh kerja sebenarnya, macam best je kerja.! isk3..yelah kan, kalau dah kerja . mesti dapat gaji, kalau dah dapat gaji, mesti rasa best, BEST? mestilah ! duit titik peluh sendiri kan? sure lah best best best ! hahaha..TAPI, macam tu la. aku ngidam nak kerja pon. tapi hati neh berat. gundah gelenya. kenapa? nak tau ke? *bajet ada orang bace.

Sebab dia, iyalah ! aku anak sulung..adik pon ada sorang. uihhhhh, rasa berat hati tu bukan sebab apa. kang kalau aku kerja, nyusah plak abah mama. sape nak anta mama kerja, sapa nak disuruh pergi keluar beli ape2 kan? mintak tolong ape-ape ke..kalau aku takde, rasa serba salah jugak..Yelah, nak harap kan sape lagi? abah ngan mama aku ada 2orang anak je..aku nie lelaki. sulung plak tuu..takpelah, biar la aku duduk rumah je. tolong ape yang patot. kalau takde kerja pon aku tido..okla tu kan? HAHAHA. Macam mane la nanti kalau aku dapat sambung belajar mana-mana. ish3 ! tu namenya berdikari akim woiiii. haha.

Biarlah, biarla ape orang nak kata. aku tak sanggup amik risiko nak berdikari ke, sebab kat atas tadi hanya alasan ke, ape ke.. Baik aku dok umah. hahaha..at least, kalau abah mama need something. aku leh tolong kan? KONON. kui kui kui. tolong Abah mama nie, dapat jugak income cinonet..hehehe! ok lettew.. 

 
p/s : aku teringin nak drive laju-laju gila tuttt macam driver kat atas neh ! perh perh peeeerrhh. over

Friday, April 1, 2011

Perempuan dan Kereta.

Assalamualaikum,

OK, entry kali ni nak cakap pasal. Perempuan dan Kereta. uihhhh, dasyatt ! errr..kenapa? saje. bosan. hahaha.takdelah..banyak persepsi orang lelaki terhadap perempuan bila bawak kereta nehh. EXAMPLE : drive slow, penakut, menyusahkan orang dan macam2 lagi la. hahaha..ok, aku bukan salah seorang dari lelaki yang ber-persepsi macam tu. bagi aku, kalau perempuan dapat drive kereta tu..dah kira comel sangat dah ! eh2, update status facebook pon ok gak neh. hehehe..ok! Ada jugak lelaki, kalau nampak perempuan drive, dalam kepala dia 'mesti eksiden' ! aduh, memang dalam otak diorang. mind set..perempuan bawak kereta mesti eksiden.hehehe. kenapa? kenapa? kenapa? aku pon taktauu..tapi kan, ada satu website pasal automotive neh. aku selalu usha website neh, sebab dia memang up-to-date la ! ok2, back to the story. dia ada gitau jumlah gender yang eksiden. sumber2 yang boleh dipercayai. Tengok lah INI DIA

tu diaaaaaaa !! tengok dah? haha..err, kalau tak tengok. pegi la tengok dulu. Tuan Blog tunggu.*masa berlalu*. dah tau kan gender mana yang lebih banyak eksiden? jeng3.. ish3. awat la banyak sangat gender neh eksiden? *mintak jauh la dari eksiden neh. Amin. hoho..takpelah, biar lah gender mana pon yang banyak kan..yang penting. kepada pemandu di Malaysia. Sentiasa memandu dengan berhemah, berhati-hati, ingat orang lain. Just enjoy the rideeee...*kalau jalan tak rosak dan berlubang la.  ok?? kan sekarang pon minyak kereta RON97 dah naik 20sen lagi..baru je ! dari RM 2.50 seliter kepada RM 2.70 seliter. bayangkan lah ! dah tak larat aku nak teguk air liur. mane tak nye..kereta aku drive sekarang neh teguk ron97..tak padan dengan kecik, selera besar ! aku punya selera nak jejalan pon dah terbantut ! isk3...kena paksa si kecik tu teguk ron95 lah. murah sikit..keh3. baru bersemangat nak jalan mana2.

haaa, ada satu cerita nak share. pengalaman aku sendiri la..perh, memang superbb lah ! i think i fall in love with that girl ! HAHAHA. ish3.. takde lahh ! satu hari tu kan, dalam pukul 2 ptg kot, aku kuar la jalan2 bawak si kecik. masa tu mendung jeee.. Selalunye, aku drive dengan si kecik jalan2 pegi airport. kenapa? jalan dia best..tak berlubang. ehehehe. Tapi hari tuu, memang terbaik la..tengah syok2 drive tetibe aku perasan dekat cermin belakang, kejap je die 'cucuk punggung' aku lepas cilok2 baik punya kereta kat belakang..kereta tu suzuki swift. ingat lagi..warna putih, cermin depan belakang tepi gelap gila. by that time, memang tak nampak la driver dia..aku pon dengan sopan bagi signal ke kiri, bagi laluan..masa dia lalu kat tepi tu, kebetulan dia turunkan tingkap. BAMN!! perempuannnnnnnn weyhhh bawak cilok2 laju2 macam tu. dah la lawa ! Dalam kepala aku : mak ai ! power pempuan neh..takleh jadi neh. kena 'cucuk punggung' dia jugak neh !! HAHAHA. *naluri lelaki : kalau perempuan buat something kat lelaki sampai dia rasa tercabar..dia akan melawan.  cehh, ayat takleh blah. hahaha..MEMANG! aku cucuk balik perempuan tu ! hehehe..follow je belakang dia, laju sangat perempuan neh bawak..bedarah idong ! dah la suka cilok2..still followww rapattt. syok ! laju2 ngan perempuan neh..tapi, yang tak best nya..dia belok ke simpang before airport..hala tuju aku airport. terpisah la kami berdua. lupa nak mintak nombor surat beranak perempuan tu. Tergoda sudahh..

Ok, tu jee..sampai sekarang ingat perempuan tu. hahaha..muka pon ingt. eh2, awak..saya suka perempuan drive kereta laju2. nampak comel woooo. yup2 awak la..bile nak jumpe atas jalan lagi? HAHA.

p/s : kepada perempuan diluar sana. nak nampak comel ? drive lah kereta laju-laju. =)

Wednesday, March 23, 2011

Rasa tua dah..

Assalamualaikum, 


 
 
Morning, OK..hari neh, umo aku sudah ditambah lagi setahun. jadi 13 kan? rasa2 la, lupa dah.haha..bila umo da meningkat kan, rasa lain macam je. Rasa pelik je, rasa ape pon taktau. Takpelah..lupakan. Tapi, ape yang pasti..bila dah tak sekoloh neh, dah besar neh, baru rasa nikmat nya duduk kat sekolah. Rindu nye kat Sekolah..Betol la orang kata, takde tempat lain dah yang kita akan rindu bila habis belajar ! Sekolah la tempat tu..ish3. Dudok ngan kawan kat branda sekolah, makan sama2, nyanyi, main bola, kacau orang, gurau2 ngan cikgu, gelak sakan, gaduh2, beratur pegi lab..banyak kalau nak senarai. x larat den, haha! Tapi nanti, semua dah bawak diri masing2 sambung belajar. tak sehaluan dah. takde dah nak buat benda2 yang buat kat sekolah tu..kan3? DAH BESAR dah semua..berjanggut, bermisai, berAyu, berComel..Kot mane pon, aku tau yang kita kawan sampai bila2. *kan dah emo. hahaha.. 5 tahun weyhhh, dudok kelas sama2..ada yang 6 tahun, 7 tahun, 8 tahun. perh ! Second Family la lebih kurang..ye dak? hoho..


Honestly la kan, sebenarnya..birthday aku harinie macam takde mood jugak la. kenapa? yelah, result lah. dapat nya sikit..tak macam orang lain, sekali rembat. berlonggok dapat !! Dah tak boleh nak buat ape dah, rezeki aku yang tu..terima jelah. BAK KATA FACEBOOKERS mungkin Allah merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk kita dihadapan. InsyAllah..kita perlu sentiasa mintak pertolongan dengan Nya, berdoa. usahaaa..yang penting jangan putus asa. *sejuk kan hati. hahaha..Bangun pagi tadi, Mama ngan Adik wish birthday kat aku..OK, mase tu memang macam sedih, sebak ! Walaupun aku takdapat happy kan mama aku dengan result yang baik, tapi dia still sayang aku..dia wish kat aku . tak putus asa dengan aku.. ok, hati dah sebak dah..Bila pikirkan balik. teruk nya aku, ape punya anak la aku..Abah, Mama. akim tak nak present ape. akim cuma nak abah ngan mama tak putus2 doakan anak abah mama sorang neh berjaya, dunia akhirat..amin, InsyAllah. tu je yang akim nak..
 
 

Tuesday, March 22, 2011

Big Day. Good Luck Everybody..

Assalamualaikum, morning people..

Aznil Haji Nawawi is in the studio of hitz.fm today..they are  talking about SPM result. yeah, everyone seems to be really excited today. I dont know why? hoho..ok back to the story, a girl having a conversation with jay2 and ian..she really scared about her result ! so do i...hurm. she said that SPM result is everything to her. if she dont get a WOW result..its like its the end of the world for her. soooo dead! But, Aznil told her that..NO, SPM are not everything ! u are soooo wrong. Yeah,i know. everyone want a very very very good result right? But, if u dont get a good result..dont feel bad. the most important thing is, dont kill yourselt. haha..just accept the faith! ok?  NOT A WOW RESULT doesnt mean that u cannot be success..Listen to me, never giveup..just keep on trying !! those are the key of success.. REMEMBER. SPM result are not everything, its just the beginning! *macam tu la lebih kurang die ckp. hehehe

OK, ada betul jugak Pak Nil tu cakap. hurmmm..kadang-kadang, pelajar terlalu obses dengan result neh. *AKU PON.. Tapi. kot mana pon, walaupun betol pak Nil cakap..hati aku tetap gundah gelenya. eh, gundah gulana..tengok, eja benda alah tu pon salah. isk3..

p/s : Ok, Selamat Berjaya kepada semua..saya tau anda semua dapat result gempak2 nnti..amin!

Monday, March 21, 2011

Morning !

Air pasang pagi surut pukul 5,
Bangun pagi2 siram pokok bunga,
pokok bunga melur tanam tepi batas,
itik beranak,ayam mengandung.

OK, dah nyanyi pon takleh tido jugaa..iskkk. Banyak sangat memikir sekarang neh..Almaklumla, esok 23 mac kan? sape yang tak nerbousss. Tapi, nak buat macam mane. benda da lepas..Tawakal ajelah. terima seadanya..iskk.

Bila tiba hari esok, ramai yang nk off hp la, deactivated FB la..ish3. takut orang tanya la konon! biar la tuan punya badan pandai pon..lain la macam aku. pelajar x pandai. nak off sume benda alah tu. ish3..alah, kalau orang tanya pon. buat dek je..takyah jawab takpe. hohoho..takpon, cakap Alhamdulillah je..kan? haha..* OK,bajet cool. hati neh dah gundah gulana..hurm. tak tau nk cakap ape..bak kata orang, speechless. HAHA.

OK, nak gitau sape yang membace..esok 23 mac. paham2 la kan? then lusa 24 mac..paham2 la kan?.....hah? xpaham? meh nk gitau..birthday aku lusa tu. iskkkkkk...macam ummmpphhhhhhh la kan? terbaik dari ladang habaq hangg. Boleh nye sebelah2 tarikh dia..adoi. pedih usus kecik macam neh..takleh nak buat ape. terima seadanye..

p/s : Untuk calon 23mac neh yang membaca...Good Luck, Selamat Berjaya,  All The Best..moga anda memperolehi keputusan yang cemerlang. InsyAllah. Amin..

Lawa kan kan kan kan kan? slurpppp...

* kalau ngigau bawak kete neh, taknak bangun.

Saturday, March 19, 2011

B-E-A-U..tiful

( Annasophia Robb )

She's cute right? yeah. i know. hahaha..those eyes are gorgeous ! I'm melting...

*ok.malam neh kalau ngigau dia. taknak bangun



Sunday, March 13, 2011

Off to Kuala Terengganu.

Assalamualaikum,

Pagi neh, pergi KT..adoi, dah la lame. isk3..kat sana takde internet. habessss..habeess!! menggigil aku tak boleh on9 facebook nanti. Habes gatal-gatal badan la nanti tak boleh on9. hahaha..*addicted sangat la konon.  Ingat tak nak ikot. hurmm, tapi dipaksa! haha...abah mama suruh ikot. ish3. Menurut perintah ajelah.

OK. ada something nk share. Tiap2 malam, sebelum pegi tido..memang selalu masok bilik air. gosok gigi semua..Tapi malam tadi, aku dapat 'extra special' sikit ! memang mantop la..naseb baik takde ape2..
TAK. macam nie..malam tadi, ntah mcm mane. nak masuk bilik air tuu kann? kan kann..aku slide dalam bilik airr..zussssssss! kedegupp. macam tu la kot bunyi dia. hahaha..kedegup tu la yang special. bunyi tu sebenarnya, kepala aku bertemu dengan sahabat baru dia. nama dia Dinding..cool kan nama kawan baru dia? Hah kau! bengong kepala aku malam tadi..aku tgk bowl tandas dok atass, paip dok kat atass ! aku pon rasa macam dudok kat atas je malam tadi. haha..bangun, carik colgate. tapi yang di ambek..Clean n Clear mama punya. pening sangat la masa tu. ubat gigi pon tertukar

Lepas berus gigi semua. masok bilik. baring. Ok pening gila..pegang kepala takde cedera ape-ape. Takut jugak sebenarnya..mana nk tau kan? kepala neh bahaya. Tapi..buat selambe je..Before tido tu. text someone, bagitau pasal kejadian tu. hahaha. mengadu simpati la neh konon. Then. bangun pagi tadi..Alhamdulillah. takde apa-apa. boleh lagi rasa breakfast mama buat. hoho.

-THE END-

Saturday, March 12, 2011

fuhh.fuhh fuhh..berhabuk.

Assalamualaikum,

Sudah berkurun aku x update blog. kan da cakap..dulu je berkobar2 nk main blog, lepas tu? hampeh..malas nk menaip sebenarnye. hahaha..ok. petang tadi.. tgh dok on9 facebook. tegur kawan sorang neh..ajak kuar.
Sebenornye ajak-ajak ayam je. ok. bayang jap..mcm mane ayam ajak. hurmm..dah. haha. lepas tu, kawan aku neh beria-ia plak nk kuar..ajak pegi pc fair n pc expo. Dah nmpk die mcm excited nk gi kan..sian plak.
so, layan la. aku pon boring gak dok umah. maklum laa..Pak Guard umah la katakan, jaga rumah je laa..pegi la aku amek dia kat umahh..perh, mmg best. memandu dlm ujan..selesa je. bila nk ujan lagi? =P

Sampai kat rumah kawan neh, die pon masok bawak printer..rupernye, die nk gi pcfair nk upgrade printer dia biar ink dok kat luar. hahaha..paham x? klau x paham. buat2 paham.. Destinasi pertama ! balai islam. pc expo. nasib baik ada parking, tak susah nk carik. Masok dewan die tu..mula2 skali. akak broadband maxis yang cute lagi comel berkata-kata, 'hye adik, kitorang buat promosi neh..broadband murah. ' haha.. ok. ngigau aku kat akak tu. huhu..dah2. Astagfirullahalazim...akak. xpelah lah kak, dah ada da broadband..hoho! Dua tiga tapak kemudian, abang P1max plak!! aduhh..knp bila abang je datang aku rasa nk lari..klau akak tadi rasa nk dudok lame2..ish3. setan,setan..gatal sunggoh makhluk Allah satu neh. ish3.
OK dah, back to the story..round2 dalam tu, mmg bnyk la promosi. tpi aku xbeli ape pon..round je. teman mangkok tingkat sorang neh. haha..

p/s : ada ternampak sorang perempuan neh. mula tu tak perasan mane. tpi tgk skali lagi..dalam hati. oh,diee.. kawan fb je. x tegur pon..malu. haha..



Second Destination..tuh,tuh,tuh. gmbar kat atas tuh. tu nama die Kelantan Trade Center (KTC). kat sini pon pc fair gak..aku pon pening. yg mana satu pc expo, yg mana satu pc fair. xpelaa..dua2 aku tawaf petang tadi..nk tau kenapa? kawan aku tu la ajak..nk upgrade printer die punya pasal !! takpelah..sebagai kawan yang baik. aku merelakan. hahaha.*ayat tak boleh blah..ok, sampai kat sini je..tup tup ada parking! dekat jugak..perh. Alhamdulillah x pusing banyak kali..hoho..masok parking. teros bawak printer..hujan pon dah x lebat mana mase tu..senang hati banyak. haha..

Sampai kat pintu masuk tu,akak maxis ada lagii.. hadoii.berlonggok diorang kat main entrance dengan berbaju hijau. hahaha..ayat diorang pon lebih kurang dengan akak kat balai islam tadi.. Tapi, kat sini special skit, dia buat promosi untuk iphone skalii..perh. meleleh jugak air liur tengok iphone..bila aku boleh pkai neh. ish3..OK dah, kiteorang teros carik tempat yang boleh upgrade printer..jumpa la satu neh. then, tinggal la kejap printer tu..masa tu klau x silap pukol 5.15pm. Malas nak tunggu, aku ngan kawan jalan2 la dalam tu jap. Lepas pusing2 tu, datang balik..dalam pukol 6.15pm.  Nmpk mcm da siap..bila tanya. die cakap ada prob..tengah repair lagi. so, decide nk gi solat asar..lepas solat! pegi tanya lagi..pon xsiap! erk..tunggu punya tunggu..smpai pukol 8. bayangkan la..mmg lame. pomen tu ckp, xleh buat..susah. ergh.tggu lame! tpi xleh buat..sakit2..amek printer, lepas tu blah. x kene charge ape2..sabar jela. dah la perot lapar..haha.

Pergi solat maghrib dulu. lepas tu..dua2 perot berbunyi..kelaparan! menunggu printer yg tak jadi di upgrade..ish3.
lepas tu, carik kedai..nk makan! lapar neh! haha..Dengan murah hati. kawan aku nk belanja..dia ckp, sian kat aku. terpaksa tunggu pasal printer dia..haha! wow! ada orang nk belanja..wiwit.teros pegi mkan! Laju jee..hahaha! Then, sudah mkan..hantar dia dan diri aku balik..Sampai rumah 9.20pm..ok, lama jugak aku keluar. hahaha..Letihh sangat!teros pegi mandi, solat, on9 atas katil dengan hp...Masa tu, badan terasa panas! tup tup tup, tertidoo..lepas tu, macam mana ntah boleh terbangun pagi2 buta macam nie..Rasa nk update blog. =)

p/s : bangun tadi, tengok hp..ada orang text. suh rehat. sebab aku ckp kat dia aku nk demam.OK..thanks lah sbb text..hoho..


Monday, January 24, 2011

1 Malaysia. Think Positive..

Asslamualaikum,


Hari neh xleh tido lagii.ahaha..ok2. tajuk die mmg 'wow' la, saje je sbnrnyee..mule2 xleh tido..lpas tu boring! ape lagi?on9 laa.. Tibe2!! rase nk dgr lagu 1malaysia..amek kau! pagi neh aku patriotik wooo! bangga membuak-buak..xtau la kenape! ish3. haha...okeh, nk ckp sikit pasal 1malaysia neh.boleh? logo atau propaganda neh dibuat atau diasas?haha! oleh Perdana Menteri kita YAB Najib Tun Razak. eh2,ingt plak name.=P

oklaa,ramai yang x bape suka dgn idea neh..aku pon xtau la kenapa. bace situ,dok marah2 goverment..bace sana, x puas ati ngan PM, ada yg dok banding2 kan Malaysia dengan negara lain, ada yang maki2!cemuh2 same sendiirii.. yelaaa..aku budak2 lagi kann. nk ngundi pon xleh lagi!hahaha..so,x reti nk masok campur pasal politik ape sume nehhh.. I guess some 'rakyat' is overloaded with patriotism...haha! Whats the point of comparing each other country and cursing one another? Ain't people just love to fight?? childish..hoho


tpi ada jugakk yg sokong 1malaysia neh. aku lah salah satu nyee..haha! Klau pasal politik tuu...no komen. x reti. 1malaysia neh pon x reti mane,tpi nk luah la ape yang ada dalam hati neh.haha.. kpd2 yang x sokong tu kann? boleh x think positive sikit? bnyk2 xpee.. xsalah pon kan? Klau x puas ati ngan PM kee,gov keee...bia la duluuu,letak tepi. lupekan jap boleh? wake up!!..1malaysia is a good thing right? keamanan negara dpt dikekalkan kan?haha..kan ayat x leh blah dahh.wiwitt! 1malaysia neh mmg sesuai untuk negara kita yg bnyk kaum neh..kan3? pikir2 kan laa..chewahh!

 ada yang ckp 1malaysia neh ditiru dari negara israel. ok..x salah kan kite tiru? X salah kan kalau kite buat mcm tuuu klau negara kita aman,sejahteraa..xde nk gadoh2,perang, mogok bagaii..kan elok tu? tiru ke,ape ke. semua depends on ourself nk terima mcm mane. Tapi yang masalah nya..setengah rakyat la, pikir negative. klau dah benci ttuu, benci smpai kesudah..adoi. come on rakyat! lets work together..kekal kan keamanan. hoho..dah2.stakat neh jela nk merapu..peace! sory kalau terasa.. =)
lets stay united. may Allah always bring peace to Malaysia.

p/s : xde blah mana2 pihak ok? haha..


Friday, January 21, 2011

Tak puas ati

Assalamualaikum, selamat pagi..


 kete mane yg potong sebenarnya?haha..

slalu lepas subuh  aku tido. harini xtau la kene sampok ape xleh tido, try pejam nk tido..xleh jugak. on9 la, ape lagi..hoho. Pagi neh aku nak luah kan rase x puas ati aku terhadap pemandu2 jalan raya arineh. hahhhh...ayat  xleh bla kan?haha..aku tau la diorang nk ikot pemanduan berhemat., lebih selamat kan? tpi melampau la selamat diorang..bayang la, bawak kereta 30km/h. xpe lagi..sabarr, dah la bawak 30!!! jalan plak kosong ! klau sibuk xpe...neh siap boleh tido lagi atas jalan..adoi. ok..xpe lagi! nk kate kereta tu rosak, x jugak..pkai kereta baru. cess..sayang sgt kat kereta. asal x turun tolak je senang?kan? ish3.. mane la x ramai samseng jalan raya, sbb kan pemandu mcm neh la org jadi samseng..hon sane,hon sini,cilok sane,cilok sini, then nk marah diorang? salah sapa, habaq mai sikit?

ok, aku paham..kite kene sabar kan? tpi ada limit gak nk sabar..klau seminggu skali jumpe xpe, neh tiap2 hari jumpe..mane la x ilang sabar. Ok, situasi keluar simpang plak, haaa..neh satu lagi, kluar simpang..ada jenis yg x sabar kan. kereta kite dudukk dekat dah neh...die keluar jugakk,x sabar punye pasal. adoii, ok..xpelaa, kite bagilaa. nk sgt kan?sabar la. Dah bgi 2..die buat hal, bawak 30km/h plak..hah kau! x pasal2 je..kite pon follow la, nk hon xsampai hati! *baik la nie konon.. tapi klau yg samseng, honn.!!! dah hon potong..dah potong, himpit plak! hahaha..aku suke tgk. padan la muke kann..kite bawak kereta, jgn syok sendiri. kene ingt pemandu lain laa..jgn ingt jalan tu korang punye, org lain bayar roadtax weyhh. ingt aku nk suh abah mama pasang besi la kat depan, mcm kereta polis US to..sape2 je buat hal, bangggggg langgar. muahahahaha..


THE END

Superb Friday with friends

Asslamualaikum

Arineh kuar ngan kawan, gi mall..nk celebrate birthday budak fatin la konon.ahaha..then, budak tulang ajak pi pantai pcb plak. aku ngantok sbnrnye..tpii, xpela..dari dok umah,baik jalan2.. bukan slalu kan? malas nk taip bnyk. tgk gmba klau sudii..



Our birthday girl..wiwit! haha






sorang bum,sorang sekeping..ahaha



It was awesome!!

Wednesday, January 19, 2011

Life After School and SPM

Bosan la, ingt lagi mase skolah dlu..mmg x sabar la nk habes spm..bulan 1 tahun 2010 haritu ingt nk anta notice benti skolah da kat pengetua.hahaha..xde2,merapu je.! memang laa a few weeks after spm 2 seronok sbb family cuti, jelajah malaysia, area selatan je aku x pegi. arah mate angin yg lain sume aku da gune angin diorang..kembong perut!! bile da keje sume neh..aku la mangse dok umah, xde keje lain da..on9,main internet,game,tido. hah kauu...mmg bahagia aku dok umah!




gmba kat atas neh name die Futsal Court..bukan kebun eh?hahaha..neh satu lagi cite, mase skolah dlu. boleh dikatekan everyweek main futsal ngan classmate ! bukan ape,saje bersukann. klau hadap buke lame2 kang cramp plak otak,*mcm la hadap buku sgt..hahaha! lepas 2, nk dekat2 spm tuh main futsal neh stop la kejap kan..then diorang ckp, 'lepah spm..kito main puah2! tido kat court xpo,siye maley kito maen..' ! haktuihh,mane janji2 manis mu itu.hahaha! bukan main lagi ckp..last2, sibuk dok keje. pigidaaaaa..mangkok jamban sek mg kenal dok?haha

xpelaa, da korang nk carik duit kan. xleh nk marah gak..Selamat Bekerja la anda2 semua. nnti ujong bulannn..ingt nk ajak kuar.muahahahahaah..*tanduk tumbuh. ok2,back to the story..aku bosan la. aku nk keje,tpiiiii...tpiiii,tpiiii.hahaha..paham2 la ye? xpe2..nnti tebukak la ati kot nk keje. sabarr ! blom dpt hidayah lagi..lalala. Pasal jadual harian aku plak..lpas bgun solat, aku mcm biase..sambung tido balek. biasa laa,lelaki kan? alah,ntah2 pompuan pon ada gak mcm aku,*jgn marahh..then bgun tuu bkn kol 9 ke,10 ke..nuhhhhh kol 12 nuh! hahaha..lpas tu, bgun mandi la..mkan,then on9! tgk tv,update blog...kuar round2 bndaraya islam. hoho..ish3. bosan kan? klau boleh nk tido sebulan, da lame aku tido sebulan..xde nk pikir ape da,senang!



Im a big fan of transformer. haha..ok2, mmg x sabar nk tggu transformer 3 neh kluar kat cinema. filem neh mmg terbaik la nk habaq mai kat hang paa, terbaik dari ladang! mmg puas ati tgkk..Pasal cinema. cinema eh? hurmmm, knp la kat kota bharu neh xde cinema? susah woo..aku paham, klau buat cinema takut2 maksiat ada. buat la cinema 2 berasingan..cinema utk lelaki dan cinema utk perempuan ! kan3?..geram neh! tpi xpelaa..nk buat cmne, sabar jee..hahaha


smpai disini saje aku boleh merapu..nnti plak klau rajen.




Kereta Idaman

Arineh rasa mcm rajen plak nk update blog lagi...bosan! boringggg..ish3




Semua org ada kete idaman kan? aku pon ada..tuh,atas 2.haha..actually ada lagi,tpi neh la 1st choice.aku mnt kete two doors sbnrnye..nmpk sporty, biasalaa..org mude+lelaki kann.hahaha..setengah org suke ferrari,lomborghini laa..perh,tpi aku xminat..laju sgt,hahaha!org pegi KL 4 jam,bwk ferrari 1 jam je!! gile kauuu..habeh gugur rambut.h..btw,Kete kat atas tuh name die Honda Integra dc5. bgi aku...lawaaaa. xtau la bagi korang semua.hoho..tpi,tgk jela kann..ish3. mengancam wooo..yang aku tau kete neh pkai enjin v-tec 2.0 cc kot?raselaa..x amek tau pon pasal enjin sbnrnye..just minat rekabentuk..its looks aggresive and fast!! ohoho.. lagi lawaaaaaaaaaa klau wrne kuning! haha..yeap,aku minat kete wrne kuning. lawa yopp..

klau la kaler kete kuning dok kat honda atas 2,wow! lawa2..kan,kan,kan,kan?haha..ish3. mmg meleleh la air liur pasal kete neh..tpi,ramai org ckp. kete neh rugi beli..lame2 nnti jadi besi buruk.ye jugakk kan? klau xde kete..susah jgk kan? susah nk pusing2...ok2,skrng pon harga minyak petrol dah naik..adoi. xleh nk salah sape2 jgk. da petrol nk habes?nk buat mcm mane kan..terime jelaa..nnti habes da petrol,nk letak ape plak la dlm tangki..air pepsi?coke?

-THE END-


Tuesday, January 18, 2011

Homoseksual atau tak berape sihat.??

Agak2 korang la..klau terjumpe golongan macam neh kan? korang lari x? ape persepsi korang kat golongan mcm neh?






xde..sebenarnye.nk share la something..nk kate pengalaman ngeri 2,ntah laa. cuak gak laa..haha. mase 2,aku keluar dgn abah gi tesco..die nk beli ape tah,x brape nk ingat. Aku tgh boring..so,ikot la kan? dari dok teperap kat umah..baik kuar! Smpai kat tesco 2..masok2 je,ada kawan abah tegur..diorang borak2 la kjap..aku plak,xkan nk join org tue borak kan? x reti...ok2,back to the story. kebetulan mase 2 toyota buat pameran kete diorang kat hall tesco..aku pon gi la intai jap. Vios TRD warne putih agak menarik..wiwit. gi intai 2 bukan ape..mane tau abah tebukak hati nk beli kan?hahaha..keep on dreaming la hakim!

Tengah kusyuk dok intai2 kete 2 kannnnnn...jeng3! ade org pegang lengan aku, lpas 2 tnye dgn suara yg agak garau..wow! cuak derr...'hai hensem,sorang je ke nie?'. aku pon tekejut...tgk la muke,mak aii..lelaki der!! xnmpk pon mcm pondan..aku pon xtau nk jawab ape 'erk..hurm,erkkk..haaa, ape die?'  2 je ayat aku boleh buat keluar mase 2..die tnye balik 'hensem sorang je ke?' tetibe naluri lelaki aku kuat kan,hahahha..aku jawab 'eh2,xdelaa..dtg ngan abah,2 ha die tgh borak2 ngan kawan tuuu..knp?nk ape?' die pon lepas lengan aku then blahh..fuhhh! mase 2..jantung aku,mmg dup dap dup dap laju laa..laju nk mampos. kulit gelap pon da tukar jadi putih..mmg cuak laa..adoi..temenung jap aku,dok pikir..knp lelaki tadi..haha. ke bang2 boom ada kat tesco neh..tgk keliling xde pon kamera.hahaha..

lepas 2,abah habis borak 2..aku cite la kat abah, boleh abah gelak..perh. then die ckp 'muke akim muke homo kot?hahahaha..' eh2,bergurau plak abah aku sorang neh. aku pon intai la lagi kan..mane tau die follow ke.hahahaha...aku ingt lagi die pkai cermin mate,baju biru muda,sluar wrne itam..nmpk educated je. ke die nk pekene aku..mmg dlm kepala mase 2 pikir mcm2 la, pasal org 2 je. balik rumah cite kat mama plak..mama pon gelak..jawapn pon lebih kurang same ngan abah 'die ingt akim gay kottt..hehehe'. adoi,baring pon pikir die..sudahhh,kene sampuk kot.haha..tpi skrng xda laa..xleh lame2..bahaye.haha

tpi kan,bile pikir2 balek..bangge jugakk.hahahahaha..yelaaa,die pggl aku ensem derr..kembang lubang idong! atleast dpt gak merasa org puji *nk perasan japp.hahaha..die manusia gak kan?die ada mata,pkai cermin mate lagii..hahahaha. agak2 la kan..die x sehat keee,or mmg homo? mmg bahaye la haritu..ish3.





MY FIRST ENTRY

Ok,neh first time aku tulis blog,mengarang blog..ntah nk bagi name ape pon xtau la..Yg aku tau aku main blog.haha..sbb2 die.bosan tahap melampau..repeat.MELAMPAU !! naik gile dah dok umah neh..Sebenarnye,niat nk keje 2 mmg kuat..tpi,body mcm berat je nak melaksanakan,xtau la knp,hahaha..niat nk keje 2 baik kan?dpt pahal gak kan?amin..lagi satu,teringin sgt nk main blog neh sbb nk ilang boring kot?xtau nk buat ape kan..so,try la bende baru. LAGI..aku terpengaruh ngan fatin aka tiang mangkok tingkat sorang 2.haha..





Videoclip kat atas nie dibikinkan utk filem seram melayu tajuk 'khurafat'. tajuk pon mmg ganas la,filem?xtau..tgk trailer.mmg mengancam..da kluar kat pawagam ke?aku xtauu.haha! sape2 rase lemah smgt,jantung,lelah ke..mengandung ke?dinasihatkan jgn tgk..takut2 terberanak je nnti. ok2..filem nye xmnt sgt.aku tetarik dgn lagu die..sedap didengar!!haha..Yeah, sound n music mcm x  kene kan? hiphop+lirik keagamaan..tpi,klau kite berfikiran positif,insyallah xde papekan?..haha! bukan nk belagak jadi ustaz ape.just pendapat..buat masa neh,pasal lagu neh jela rajen nk cerita.nnti2 plak..klau rajen. takut2 nk main blog nie hangat2 taik kucing je..btw,enjoy the song  =)