Sunday, April 24, 2011

First time.

Asslamualaikum, Selamat Pagi !

hui hui huii..takde. last week, hari khamis. aku interview dekat satu institusi neh..ok. first time neh dapat interview, dah la gedabak jauh. interview je padahal. haha.. Dekat sane tu, tumpang bermalam dekat umah makteh (aunty) . Petang rabu sampai sane, esok nya interview. ish3..malam tu susah jugak la nak tido. yelah, first time kan. bercelaru je kepala nie. tapi 5minit je kot..sebab, lepas 5minit tu lelap jugak. HAHAHA. Then, pagi tu pukol 6 bangun, mandi.solat.siap-siap.. jap ! pasal siap-siap neh. aduh, pakai baju kemeja putih, neck tie. macam kerja opis dah rase.lemass hahaha..tapi ada satu benda yang rasa terpaksa sangat kena buat..rambut belah tepi. iskk..mesti buat tu. rambut kena kemas nak interview.. -.-

Ok, dah siap-siap tu..turun breakfast dengan pakteh dan makteh. Kitorang keluar pukol 7.30 pagi..yelah, interview pukol 9. kena la keluar awal, takut sesat. pakteh pon tak pernah pergi area institusi tu.. TAPI, memang sudah di jangka. kitorang sesat. peta yang diberi tidak boleh pakai..hampehh. Hah kau, sesattt...masa tu pukol 8.45. cuak dah, takut tak boleh nak daftar kalau lewat..Aku pon call u tuu mintak direction. Alhamdulillah jumpa, tapi masa tu pukol 9.20. 20 minit lewat..Sampai je, tengok kaunter pendaftaran takde orang. hati neh dah nak ranap dah..pakteh pegi tanya. rupernye..akak yang jaga tu pegi makan kat belakang. cesss...lega. haha. daftar nama, dia bagi no.60. giliran aku la tu. ramai jugak..then, dia suruh naik atas dekat library nak amik IQ test..masuk-masuk je..

  ' Hah, nak IQ test? dudok dulu..sape suruh awak lewat kan? tunggu kawan awak neh dulu. '  Aduhh, dah la aku sorang masa tu. Tapi, lepas 5minit tu. ada plak orang lain datang lewat. Lega ada geng ! orang melaka. SEBAB LEWAT : sesat jugak. hahaha..then, yang lain dah sudah. diorang turun, nak tapis sapa yang layak di interview..IQ test kena betul sebanyak yang diorang nak, kalau tak. takleh interview. Soalan ada 50. kena jawab dalam masa 30minit. iskkk..soalan punya la susah, tapi. alhamdulillah lulus..termasuk kawan aku tu. Lepas tu, tunggu nak interview plak..tunggu no.60 dipanggil. masa tunggu tu, takut+sejuk+gabra semua ada. yelah, interview in 100% english..mana tak nya, aku bukan fasih sangat ber-speaking neh. Tengok calon lain, sibuk dok tanya senior kat situ, sape yang sudah interview tu. habis kena serbu..tapi, aku ikut cakap mama. ' nanti interview, selawat banyak-banyak. jangan sibuk nak tanya orang, relaks..jangan tension pasal interview orang lain '  aku cuma jeling-jeling dan dengar-dengar ayam je..HAHA.

' no.60 ! Luqman Hakim Bin Azhar.. dan no.58 ..... '  ye, dia interview 2 orang sekali masuk.. no.58 tu, aku tak ingat nama apa. tapi yang aku ingat..orang kota bharu jugak. haha. dalam hati nie..what a small world. Nasib baik masa interview dia tanya sorang-sorang. bukan kene debate nak jawab..Bila turn aku, aku jawab je ape yang dia tanya..memang pakat redah je dalam english, ntah betol ke tak. huhu..tapi yang tak tahan nye, bolehnya interviewer tu ajak borak pasal bola. Soalan yang paling aku ingat. ' What do u feel when people call chelsea, chel-shit? '. haha..nak uji kesabaran aku lettew. kih3..tapi, alhamdulillah. semua selesai..lega.

p/s : sekarang nie, tunggu result. memang nak sangat..kalau dapat alhamdulillah. kalau tak dapat, redha ajela..nak buat macam mane, takde rezeki. yang penting kita dah cuba..

No comments:

Post a Comment